EKSTREK TUMBUH-TUMBUHAN, MEMBANTU MEMECAHKAN SEL-SEL KENSER DAN MEMELIHARA SEL-SEL YANG SIHAT

Malaysia, negara yang kaya dengan megadiversiti, pelbagai ekosistem mempunyai pelbagai jenis spesis tumbuh-tumbuhan semulajadi, dari hutan Hujan Khatulistiwa yang berusia jutaan tahun merupakan anugerah alam yang tidak ternilai. Sejajar dengan perkembangan bidang Farmakologi, para penyelidik telah menemukan pelbagai ekstrek semulajadi tumbuh-tumbuhan, unsur-unsur bioaktif yang mempunyai sifat-sifat, aktiviti-aktiviti anti-radang (anti-inflamasi), anti-karsinogenik, anti-kenser, anti-bakteria, anti-mutagenesiti, memelihara kesihatan hati dan sistem imun.

Ekstrek semulajadi tumbuh-tumbuhan juga sangat berguna kepada manusia, yang boleh dimanfaatkan sebagai langkah pencegahan daripada penyakit (prophylaxis) untuk mengelakkan dari radang (inflammation), kenser dan seumpamanya, terutamanya kepada yang tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat, perokok dan mereka yang berada dalam suasana karsinogenik yang lain. Dari segi Sitologi, peratusan kerosakan DNA yang sudah tinggi dalam tubuh badan sememangnya menjurus kepada pelbagai jenis penyakit terutamanya radang dan bebarah. Penggunaan ekstrek semulajadi tumbuh-tumbuhan juga sangat membantu kepada yang mempunyai sejarah keturunan kenser untuk pembaikian DNA tubuh badan yang rosak (diwarisi dalam genetik).

Ekstrek tumbuh-tumbuhan juga berupaya menjana proses apoptosis yakni proses pemecahan sel-sel yang disasarkan di mana proses apoptosisnya hanya berlaku terhadap sel-sel (DNA) yang rosak sahaja, yang sudah tidak dapat diperbaiki dan dalam masa yang sama mengekalkan sel-sel normal yang sihat. Antara ekstrek tumbuh-tumbuhan yang dikenalpasti secara saintik berjaya menjana proses apoptosis secara selektif ialah Ribosome Inactivating Protein, Styryl Pyrone Derivative dan Acetone Deacetylase Inhibitor.